Batu Kikir

Koordinat: 2°50′N 102°19′E / 2.833°N 102.317°E / 2.833; 102.317Batu Kikir adalah sebuah pekan yang terletak di antara Kuala Pilah dan Bahau, Negeri Sembilan. Dahulu, Batu Kikir merupakan pekan kecil yang mempunyai kedai-kedai kayu terletak di tepi jalan utamanya. Apabila menjelang musim perayaan, ia mengundang kesesakan jalan raya yang teruk kerana jalan yang melalui pekan itu kecil dan banyak kereta berhenti di tepi jalan untuk ke kedai berhampiran.Tapi, kini Batu Kikir telah berwajah baru. Pekan lama itu telah dirobohkan dan diganti dengan kedai-kedai batu yang baru dan turut mempunyai perhentian bas. Jalan utamanya juga telah bertambah besar dan deretan kedai tidak lagi terletak di kiri-kanan jalan tersebut. Ia telah dipindahkan ke kawasan khas jauh dari jalan utama.Di pekan Batu Kikir juga terdapat sebuah sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah berasrama penuh iaitu Sekolah Kebangsaan Batu Kikir, Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir (Model Khas) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Jempol. Juga terdapat sebuah sekolah Cina iaitu SJK (C) Chi Sin di sana tetapi mengalami kekurangan sumber murid akibatnya penduduk berpindah ke bandar raya.